Assalamualaikum.. 



Maaf, jika sy lakukan kesilapan. Persoalannya, adakah perkataan "Maaf" itu terlalu berat utk di ungkapkan?. Kenapa begitu sukar utk kita mengungkapkan perkataan " Maaf"?.  Perkataan "Maaf " itu dpt melembutkan hati org yg sedeang marah kpd kita. So, apa tggu lg? ungkapkanlah "Maafkan sy, jgn marah sy lg ye !" kpd mereka yg telah kamu lakukan kesalahan.. :) 


Tepuklah dada kamu skrg dan tnya kpd diri kamu adakah kamu ini terlalu ego utk mengungkapkan perkataan " Maaf"? Ungkapan Maaf itu adalah suatu kemanisan, serta memberikan kamu ketenangan jiwa. Tidak salah jika kamu mengungkap perkataan maaf kpd org yg lebih muda drpd kamu. Hal ini menunjukkan bahawa kamu adalah seorg yg berbudi bahasa. 


Sentiasalah kamu memaafkan setiap kesalahan yg dilakukan org mereka disekeliling kamu, sama ada ianya adalah secara sengaja atau tidak sengaja. Kerna, tidak semua org  sedar akan kesilapan yg telah dilakukan oleh mereka. Siapalah kita disisi Allah, oleh itu maafkanlah kesalahan mereka. Sedangkan nabi sentiasa memaafkan kesalahan umatnya. :) 






Maaf, ungkapkanlah setiap kali kamu melakukan kesilapan. Senantiasalah kamu mengamalkan ungkapan maaf itu. Tidak menjadi kesalahan jika kamu mengungkapkan perkataan maaf secara umum. Malah pasti ada yg menyukai tindakan kamu itu. InsyaAllah selepas kamu mengungkapkannya, kamu akan tersenyum. Hati kamu juga turut tersenyum dan kedamaiaan dlm diri kamu akan dtg dgn sendirinya.


Buanglah segala keegoan yg ada di dlm  diri kamu skrg, belajarlah utk mengungkap perkataan Maaf setiap kali kamu melakukan kesalahan. Usahlah berasa gusar utk mengungkapkannya. Ringankan mulut kamu utk mengungkapkannya. InsyaAllah, perubahan yg baik ini pasti akan memberikan kesenangan kpd mereka yg ada di sekeliling kamu !  ^^ 


:: Maafkan sara, kesibukan melanda sepanjang minggu ini. Terlalu bnyk assingment yg perlu sara siapkan. InsyaAllah, jika sara ada kesenangan pasti sara update kn blog sara ini.. ^^ :: 

1 kuntum bunga Rose utk Sara ! ^^:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

sgt2 setuju...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...