Assalamualaikum..
Salam Ceria Semua..

Ramai yg tengah 'Demam' sekarang niehh.. Dengan cite niehh..

Drama Nora Elena bermula dr 9 mei 2011. Drama ini adalah adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha Kasih Yang Suci. Para pelakonnye terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra sebagai Amir, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.
 
Drama nie mmg best la. Sampai lecture ak pon minat. hehe.Ari ari dlm kelas dia akan bercerita sal Nora Elena kesygan dia tu. Drama nie telah menarik semua golangan utk menonton.
 
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya, Eid apabila tunangnya mndpt panggilan misteri yang mberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dlm kkecewaan dan kesedihn yg melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorg jejaka yang bernama Seth Tan yang brketurunan Baba Nyonya, dia sanggup brkahwin dgn Nora Elena bg menggantikan tunang Nora Elena kerana sgala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan smakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan brkahwin, pd ketika itu barulh Nora Elena mngetahui bahawa suaminya lah org yang telah mnodainya 10 tahun yg lalu. Malang buat Nora krn ketika mngetahuinya mereka brdua sudahpun brkahwin dan bakal mlahirkn anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yg trluka tetap keras dan tidak dpt memaafkn suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

0 kuntum bunga Rose utk Sara ! ^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...